Nokia Jual Unit Telefon Mudah Alih Kepada Microsoft

HELSINKI - Nokia Corp (Nokia) hari ini mengumumkan penjualan unit telefon mudah alih syarikat itu kepada Microsoft Corp (Microsoft) pada nilai 4.44 bilion euro.
Susulan pengumuman itu, Nokia memberikan kebenaran menerusi lesen tidak ekslusif 10 tahun kepada gergasi perisian Amerika Syarikat menggunakan paten syarikat pengeluar telefon mudah alih yang berpangkalan di Finland.
Manakala, Nokia akan memberikan tumpuan kepada perniagaan infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan di mana disifatkan sebagai langkah terbaik untuk Nokia maju ke depan dan pemegang saham mereka. - AFP
0 komentar:
Posting Komentar