Tampilkan postingan dengan label kuat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kuat. Tampilkan semua postingan

Kerana tertawa terlalu kuat dia didenda USD500 Nasib kaulah Labu

. Sabtu, 22 Februari 2014
0 komentar
Khamis, 07 Mac 2013  catatan idahsalam
Robert Schiavelli (Foto: Huffington Post)
Robert Schiavelli (Foto: Huffington Post)
LONG ISLAND - Seorang lelaki, Robert Schiavelli ,dari Long Island, Amerika Syarikat   mendapatkan surat panggilan dari mahkamah. Hal itu disebabkan dia  tertawa sangat kuat di rumahnya.
 
Seperti diberitakan Huffington Post, Khamis (7/3/2013),lelaki berusia 42 tahun ini dipanggil oleh pihak Mahkamah di Long Island, pada 12 dan 13 Februari atas tuduhan tertawa terlalu kuat.
 
Schiavelli, yang memiliki riwayat penyakit kejang dan masalah neurologis atau mengalami masalah dengan sarafnya mengaku bahawa dia tertawa sangat keras untuk menghindari ejekan dari tetangganya, Daniel OHanian.
 
Namun, hakim menolak alasan Schiavelli dan memutuskan lelaki yang masih tinggal bersama ibunya ini untuk membayar denda sebesar USD500 atau    atau 30 hari hukuman penjara.
 
Peguamnya, Andrew Campanelli mengatakan bahawa surat panggilan itu tidak masuk akal dan Schiavelli tidak menyedari hal itu adalah sebuah kejahatan. Schiavelli dan ibunya, Suzanne, menuduh OHanian mengejek kondisi Schiavelli yang memiliki keterbatasan alias cacat.
 
"Apa yang akan anda lakukan ketika seseorang memanggil anda seseorang yang lemah dan lambat?" Kata Schiavelli.
 
Pada awalnya, Schiavelli memilih tertawa untuk mengalihkan ejekan dari tetangganya itu. Namun, ternyata tertawa tidak selalu merupakan ubat terbaik untuk masalahnya. Pertikaian antara tetangga ini sudah berlangsung selama setahun.
Read More..

Pemuda BN tembusi kubu kuat Pas

. Selasa, 24 Desember 2013
0 komentar
Khairy Jamaluddin membonceng motosikal yang ditunggang Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Besar, Anuar Ibrahim ketika program Walkabout, semalam.

YAN - Kerancakan kempen yang digerakkan Pemuda BN di kawasan Dun Sungai Limau melalui pendekatan sederhana memberi impak besar apabila berjaya menembusi kubu kuat Pas.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau melihat penerimaan pengundi muda di Sungai Limau khususnya semakin meningkat kerana faktor mahu melihat kemajuan dan peluang ekonomi di kawasan itu.

Katanya, pengundi muda menaruh harapan tinggi terhadap calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, supaya perubahan dapat dilaksanakan sekiranya BN memenangi PRK kali ini.

“Pengundi muda di sini tahu hanya wakil rakyat BN dan juga kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN dengan bantuan Kerajaan Pusat sahaja yang dapat memberi perhatian kepada pembangunan.

“Saya nampak mereka sudah bersedia untuk memmemberi sokongan kepada BN dengan harapan kerajaan BN akan dapat membawa pembangunan yang diingini. Pengundi di sini semua berpengetahuan dan mendapat banyak maklumat bahawa kejayaan dan peluang ekonomi hanya dapat sekiranya wakil rakyat dari parti kerajaan,” katanya pada sidang media selepas program Walkabout di Pusat Daerah Pengundi (PDM) Bukit Besar dan PDM Permatang Buluh.

Khairy berkata, beliau melihat penerimaan anak-anak muda itu sebagai satu petanda baik bahawa BN mampu menembusi kawasan hitam seperti di PDM Bukit Besar, Permatang Buluh dan Kampung Selengkoh.

“Kalau sebelum ini saya diberitahu, nak letak bendera BN pun tak boleh, tapi sekarang kita tengok bendera BN berkibar di sana, poster dan banner calon dapat dinaikkan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda BN tidak menganjurkan program besar kerana tidak sesuai dengan suasana masyarakat di kawasan itu.

Menurutnya, pendekatan sederhana lebih sesuai memandangkan Sungai Limau terletak di kawasan luar bandar, manakala PDM saling berjauhan kerana dipisahkan dengan kawasan bendang yang agak luas.

“Di sini juga tidak ada satu pusat untuk kita buat program besar, jika kita buat pun tidak ada impak kerana untuk minta orang datang dari seluruh kawasan tidak praktikal. Jadi kita lebih kepada program yang dibuat di PDM dan setakat ini sudah banyak dilaksanakan.

“Kita adakan program ziarah rumah ke rumah, bantuan peralatan sukan, dan program santai, walaupun pendekatan sederhana tetapi berkesan,” katanya.
Read More..