Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan

Video Pertama yang Di Upload ke Youtube

. Kamis, 06 Februari 2014
0 komentar


Adalah video berjudul Me at the Zoo dari pemegang akun bernama Jawed (yang mana merupakan co-founder YouTube, Jawed Karim) yang merupakan video pertama diunggah di YouTube.


Video Me at the Zoo diunggah pada 23 April 2005, dan direkam Yakov Lapitsky (pegawal awal YouTube) di kebun binatang San Diego Zoo, California, Amerika Serikat (AS).


Video itu kini sudah 7,968,514 kali ditonton, serta mendapat 46,541 likes dan 3,923 dislikes.


Penasaran videonya seperti apa?? lihat dibawah ini.
 

Sumber
Read More..

VIDEO Kisah Ammar Yang Disanjung Di Turki

. Rabu, 25 Desember 2013
0 komentar

Siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam?

Lewat kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.

Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke  kubur.

Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid.

Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.

Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. – REM RAMZI

Read More..

Sotong curi kamera video

. Senin, 23 Desember 2013
0 komentar


GAMBAR menunjukkan seekor sotong sedang mencuri kamera video.

WELLINGTON - Seorang penyelam di New Zealand, Victor Huang yang sedang menyelam terkejut apabila seekor sotong mencuri sebuah kamera video miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian berlaku semasa Huang, 31, sedang merakamkan gambar sotong yang mempunyai lapan sesungut itu di luar pesisiran pantai di sini.
Tiba-tiba sotong itu bertindak agresif menyebabkan penyelam tersebut pantas bergerak ke permukaan laut kerana menyangka dia diserang oleh haiwan tersebut.
Namun, dia kemudian menyedari bahawa sotong berkenaan mengikutinya kerana ia cuma berminat dengan kamera videonya yang berharga NZ$754 (RM1,719).
Sotong itu kemudian merampas kamera itu daripada Huang semasa dia bergerak ke arah permukaan laut.
Huang kemudian kembali mengejar sotong itu selama lima minit dan cuba mengalih perhatian dengan senapang lembing.
Apa yang lebih malang lagi ialah sesungut sotong itu turut merampas senapang lembingnya tetapi ia melepaskan kamera video ke dasar laut.
Kamera video itu merakamkan insiden itu yang kini boleh dilihat di laman YouTube di Internet. - Agensi

Jom kita lihat video berikut...
Read More..