Tampilkan postingan dengan label dadah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dadah. Tampilkan semua postingan

Dadah Benjy empat rakan mengaku tak salah

. Senin, 17 Maret 2014
0 komentar
Benjy

KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang terhadap pertuduhan pindaan memiliki dadah, Jun lepas.
    
Turut mengaku tidak bersalah ialah empat rakannya iaitu Imran Radzi, 32, pasangan suami isteri Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta Afifi Hamidi, 27.
    
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman mengekalkan jaminan RM3,800 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima tertuduh dan menetapkan 11 Okt depan untuk sebutan kes.
    
Seorang lagi rakan mereka Zain Amir Zainal Khairi, 37, yang mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan itu, didenda RM4,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
    
Zain Amir membayar denda berkenaan.
   
Mengikut pertuduhan pindaan itu, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki beg mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 2.99 gram di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas.
    
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952= yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.
    
Sebelum ini, kesemua mereka didakwa atas pertuduhan sama tetapi berat dadah berbeza iaitu 4.7 gram dan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene hari ini meminda pertuduhan.
    
Terdahulu, peguam P.G Cyril yang mewakili Zain Amir memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga, tidak mempunyai rekod lampau dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis
sepanjang siasatan selain pengakuan bersalahnya itu menjimatkan masa mahkamah.
    
Goh pula memohon hukuman setimpal kerana masalah dadah semakin berleluasa dan hukuman yang diberikan boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat. - Bernama
Read More..

Beli Dadah Lelaki Ini Tersilap Telepon Polis

. Senin, 10 Maret 2014
0 komentar
PENNSYLVANIA - Seorang Lelaki di Amerika Syarikat  tidak sengaja menelepon polis ketika melakukan transaksi dadah. Peristiwa ini membuatnya sangat malu dan menyesal kerana dia terpaksa masuk ke penjara.

Justin Kryzanowski sedang melakukan transaksi dengan bandar narkotik, namun telepon bimbitnya secara tidak sengaja tersambung ke nombor 911. Petugas polis  langsung merakam percakapan itu dan melacak ponsel Kryzanowski.

Polis terus menemukan apartmen Kryzanowski dan ketika  digeledah, mereka menemui ubat-ubatan itu bersama dengan jarum suntik. Telepon genggam Kryzanowski pun diperiksa dan ternyata benar, nombor telepon itu tersambung ke nombor 911. Demikian, seperti diberitakan Times Tribune, Jumaat (10/8/2012).

Menurut polis, Kryzanowski sedang berada dikereta dengan seseorang yang bernama Rick. Lelaki itulah yang memberinya dadah jenis opioid.

Kryzanowski didakwa atas tuduhan kepemilikan dadah dan juga senjata.Polis yang menggeledah rumah lelaki berusia 24 tahun itu juga menemukan adanya senjata berupa brass knuckles.(AUL)

okezone.com

Read More..