Tampilkan postingan dengan label mengaku. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mengaku. Tampilkan semua postingan
Dadah Benjy empat rakan mengaku tak salah
Label: benjy, dadah, empat, mengaku, rakan, salah, tak
Benjy
KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang terhadap pertuduhan pindaan memiliki dadah, Jun lepas.
Turut mengaku tidak bersalah ialah empat rakannya iaitu Imran Radzi, 32, pasangan suami isteri Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta Afifi Hamidi, 27.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman mengekalkan jaminan RM3,800 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima tertuduh dan menetapkan 11 Okt depan untuk sebutan kes.
Seorang lagi rakan mereka Zain Amir Zainal Khairi, 37, yang mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan itu, didenda RM4,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Zain Amir membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan pindaan itu, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki beg mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 2.99 gram di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952= yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, kesemua mereka didakwa atas pertuduhan sama tetapi berat dadah berbeza iaitu 4.7 gram dan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene hari ini meminda pertuduhan.
Terdahulu, peguam P.G Cyril yang mewakili Zain Amir memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga, tidak mempunyai rekod lampau dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis
sepanjang siasatan selain pengakuan bersalahnya itu menjimatkan masa mahkamah.
Goh pula memohon hukuman setimpal kerana masalah dadah semakin berleluasa dan hukuman yang diberikan boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat. - Bernama
Beego berkhalwat dengan siapa tak mengaku salah dimakahmah
Label: beego, berkhalwat, dengan, dimakahmah, mengaku, salah, siapa, tak
Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah,32, bersama Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.
Sementara itu dua wanita yang merupakan kenalan mereka iaitu Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar mengaku bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar denda.
Kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda.
Mengikut fakta kes, kelima-lima tertuduh ditahan sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama pada 23 Februari 2011 kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini.
Kesemua mereka masing-masing didakwa di bawah Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Kelima-lima tertuduh hadir selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir sebutan kes berkenaan pada 10 April lalu.
Beego yang merupakan seorang duda pernah berkahwin dengan Intan Shariza Mohd Shahru,31, tetapi berpisah pada 16 Mac 2009 selepas dua tahun menjadi suami isteri.
Terdahulu Shaiful Azli turut menasihati dua wanita berkenaan agar bertaubat atas perbuatan itu kerana Allah memberi mereka ujian untuk menyedari kesilapan yang dilakukan.
“Saya ingin petik nasihat Saidina Umar, sekiranya kesalahan itu adalah perbuatan pertama, Allah akan menutup aib kamu tetapi jika ia dilakukan berulang kali, maka Allah sendiri akan membuka aib itu. Jadi, pilihlah untuk kehidupan lebih baik selepas ini,” katanya.
Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie, Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 26 Jun 2012 untuk perbicaraan Beego bersama dua rakan lelakinya