Tampilkan postingan dengan label keluarga. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label keluarga. Tampilkan semua postingan
Abu mayat Chin Peng diagih kepada keluarga dan rakan seperjuangan
Label: abu, chin, dan, diagih, keluarga, kepada, mayat, peng, rakan, seperjuangan OLEH HASBULLAH AWANG CHIK September 23, 2013
Bekas pemimpin komunis itu meninggal dunia di Hospital Bangkok pada 16 September lalu ketika berumur 89 tahun. Mendiang akan disemadikan di Wat That Thong, Jalan Sikhumvit menurut laporan Bangkok Post.
Portal itu tidak menyatakan dengan lengkap di mana abu itu akan disimpan kerana Putrajaya dalam kenyataannya tidak membenarkan abu itu memasuki Malaysia.
“Abu itu akan diagihkan kepada rakan seperjuangan Chin Peng yang tinggal di empat kampung berasingan di Selatan Thailand,” memetik laporan itu.
Laporan itu menyatakan bekas Perdana Menteri Thailand Jeneral Chavalit Yongchaiyudh akan menjadi tetamu kehormat semasa upacara pembakaran mendiang itu.
Chavalit yang juga merupakan panglima tentera darat ketika pemberontakan PKM di selatan negara itu dihormati bukan hanya dari kalangan keluarga Chin Peng tetapi ahli PKM sendiri.
Akhbar tempatan melaporkan bekas pemimpin Parti Komunis Thailand Thong Chamsri, 90, dan Vichai Chutnam hadir memberi penghormatan terakhir pada Jumaat.
Sebahagian dari 40 bekas ahli PKM turut hadir ke majlis tersebut.
Kematian Chin Peng menimbulkan kontroversi setelah keengganan Putrajaya untuk membenarkan abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak.
Pendirian kerajaan itu di atas alasan ribuan rakyat Malaysia terkorban dan tercedera di tangan komunis.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mendakwa semalam tarikh kematian Chin Peng sengaja diubah bagi membolehkan ia diselarikan dengan sambutan Hari Malaysia.
Akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia mengatakan Chin Peng meninggal dunia pada petang 15 September dan bukannya 16 September seperti dilaporkan.
Ahli keluarga Chin Peng menyangkal dakwaan itu dan mendakwa akhbar itu berniat jahat dan biadap.
Jurucakap keluarga mendiang, Lee Chong berkata: “Dia dah mati. Kenapa tak boleh biarkan mendiang bersemadi dengan aman?
"Sehari sebelum jasadnya hendak dibakar, kerajaan Malaysia masih mahu memutar-belit fakta.” – 23 September, 2013.
The Malaysian Insider
Keluarga Ini Memilih Hidup Bogel
Label: bogel, hidup, ini, keluarga, memilih
Seorang anak umur sembilan tahun dan kedua orang tuanya di Amerika Syarikat memilih hidup tanpa busana dan menjadi kaum nudis di daerah Loxahatchee, Negara Bagian Florida.
Pasangan Frank Reamer dan Sandra, serta anak mereka, Alex, memilih tinggal di lingkungan komuniti pecinta bogel Sunsport Garden, dekat daerah Palm Beach, Florida, kerana mereka yakin hal itu cara terbaik buat hidup.
Alex mengaku tidak merasa risih menjalani hidup tanpa busana. Musuh dia hanya satu, iaitu nyamuk. Dia sehari-hari bermain video game, naik basikal, dan berlarian bersama teman-temannya yang juga bogel.
Meski demikian, abang tertua Alex, Bud, 15 tahun, tidak mahu mengikuti prinsip hidup orang tua dan adiknya hidup telanjang walau tinggal bersama dalam karavan. Dia juga mengatakan akan meninggalkan Sunsport Garden dan masuk tentera ketika mencapai umur 18 tahun. Dia merasa aneh kalau bogel dan lebih nyaman memakai pakaian.
Keluarga Reamer memilih pindah ke lingkungan kaum nudis Sunsport Garden seluas 16 hektar enam tahun lalu, bergabung dengan 70 orang yang tinggal lebih dulu di lokasi itu. Tentunya setelah kedua anak mereka menyetujui hal itu.
Menurut Frank, masyarakat selama ini salah kaprah atas gaya hidup kaum nudis itu. Dia menjelaskan bogel tidak selalu identik dengan syahwat.
Kisah keluarga Reamer menjadi salah satu episode dalam tayangan investigasi mendalam berjudul "20/20 Extreme Parents" produksi stesen televisi ABC.
Namun, mereka mau difilmkan asal dalam hasil akhirnya setelah melalui proses penyuntingan tidak mengaburkan bagian alat kelamin mereka. "Kalau dikaburkan itu seperti memberikan pesan kalau hidup telanjang salah," kata Sandra.